Pages

Sekapur Sireh..Sayang..Sayang..Ibu..























Ibu,
engkaulah mentari
sering bersinar
menerangi kami
tanpamu
hidup takkan bererti.

Ibu,
keranamu kami dewasa
keranamu jua
kami kenal erti hidup.

Ibu,
kami kau jaga
kami kau didik
tiada erti jemu
penuh kasih dan sayang.

Ibu,
jasamu akan kukenang,
jasamu akan ku balas
kerana engkaulah ibuku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bolehkah saya bertanya?...

Apakah ayat atau kata yang sesuai apabila kita mahu bertanyakan soalan kepada rakan-rakan?. Apabila kita bertanyakan sesuatu kepada seseorang kita perlulah menggunakan kata tanya yang betul. Di bawah ini Cikgu Jue kongsikan apa itu kata tanya... 


Kata Tanya
  • Kata yang digunakan untuk menanya sesuatu atau menyoal sesuatu.
  • Kata tanya lazimnya hadir bersama-sama kata sendi, kata partikel "-kah", dan kata sandang "yang".
  • Contoh : apakah, bilakah, siapakah, manakah, bagaimanakah, mengapakah, berapakah.


Ayat contoh :
  • Apakah yang kamu buat tadi?
  • Siapakah yang telah membeli kek itu tadi?

  • Bilakah awak akan balik?
  • Di manakah rumah Pak Cik Idris?


    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Macam sama saja...

    Adik-adik sekalian kadang-kadang ada perkataan yang kita gunakan semasa perbualan membawa makna yang sama. Perkataan yang membawa makna yang sama ini kita panggil sinonim. Sinonim adalah kata yang membawa maksud atau erti kata yang sama.

    Contoh :
    • cuci = basuh
    • atur = susun
    • bangga = megah
    • rakan = sahabat
    • dahaga = haus
    • didik = asuh
    • tonton = tengok
    • rupa = bentuk 



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Mari belajar Kata Kerja...

    Adik-adik sekalian, apabila adik-adik melakukan sesuatu kerja maka kerja yang dilakukan itu mempunyai katanya tersendiri yang kita gelarkan sebagai kata kerja. Kata Kerja adalah kata yang menyatakan makna sesuatu perbuatan atau perlakuan.

    Contoh :
    • menangis, memasak, menendang, berjalan, tidur.
    Ayat Contoh :
    • Alis membaca buku di perpustakaan.
    • Wong memasuki bilik.
    • Ibu mempersilakan Puan Ika masuk ke rumah.
    • Bayi itu menangis kerana lapar. 
    Perkataan yang berwarna biru diatas menunjukkan kata kerja di dalam struktur ayat.

    Lelaki itu sedang menari.

    Mereka sedang melompat.


    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Nak Cakap Berapa ya...

    Adik-adik sekalian, dalam Bahasa Malaysia kita perlu menggunakan perkataan yang betul apabila ingin mengolahkan kuantiti sesutu objek atau perkara.


    Penjodoh Bilangan
    • Digunakan bersama-sama kata bilangan.
    • Digunakan selepas kata bilangan atau sebelum kata nama.
    Contoh :
    • Seekor ikan emas, sebuah rumah, sepuluh kuntum bunga.
    1. Ayat contoh : Mak Minah hanya mempunyai seorang anak.
    2. Ayat contoh : Sebiji Kelapa Jatuh di atas tanah.
    Seekor Kucing

    Seekor Kura-kura

    Sila "click" link ini untuk ringkasan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments

    Bagaimana dengan Kata Nama?


    Mari kita belajar tentang kata nama.
    Sebelum itu, mari kita nyanyikan lagu "Bapaku pulang".



    Kata Nama dalam Mikro Pengajaran
     
    Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

    Kata Nama Am
    Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
    orang: ayah, polis, perempuan dll.
    haiwan: ayam, itik, buaya dll.
    benda: televisyen, komputer, bank dll.
    tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
    Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
    Contoh: buai -> buaian
    Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

    Kata Nama Khas
    Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

    Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
    benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
    orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
    binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
    tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
    Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.






    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS
    Read Comments